Resepi Paprik Ayam Ala Thai Mudah Sedap Simple Berkuah. Sebelum masuk tidur semalam, anak pesan suruh mak dia masak paprik ayam ala thai untuk makan tengahari. Dah lama tak makan katanya, paling akhir dia makan paprik ayam masa ikut rombongan sekolah ke Kelantan. Maka dengan berbekalkan pengalaman memasak, terhasillah ayam paprik thai untuk anak yang tersayang.

Resepi Ayam Masak Paprik
Resepi Ayam Paprik Simple


Resepi Paprik Campur Ala Thai Sedap Ringkas Senang

Bahan untuk resepi paprik ayam ala thai :
  1. Ayam yang dah siap di potong dan direbus
  2.  Air rebusan daging ayam  untuk buat kuah.
  3. Sesudu sudu besar tepung jagung
  4. Bawang besar
  5. Tiga ulas bawang putih
  6. Serai
  7. Daun limau purut
  8. Tiga biji cili merah
  9. Lobak
  10. Bunga kubis
  11. Kacang panjang
  12. Timun
  13. Ketiak jagung
  14. Satu sudu besar cili kering yang sudah dikisar
  15. Sos cili thai
  16. Sos tiram
  17. Pes tom yam
  18. Gula  dan garam secukup rasa


Cara Masak Paprik Ayam Simple

Cara masak paprik ayam ala thai :

  1. Masuk dan panaskan minyak
  2. Tumis bawang putih, bawang besar, halia, cili sampai garing
  3. Masukkan cili kering, serai, daun limau purut serta serai
  4. Tumis sampai pecah minyak
  5. Masukkan sedikit sos cili thai dan sos tiram
  6. Masukkan ayam 
  7. Masukkan air rebusan daging ayam tadi
  8. Masukkan tepung jagung sikit untuk pekatkan kuah
  9. Kacau seketika untuk sebatikan bahan
  10. Kemudian, masukkan semua sayur campur tadi (masak sekejap sahaja, kalau lama sayur jadi layu )
  11. Masukkan garam dan gula secukup rasa

Sekarang, siap ayam paprik ala thai. Dah boleh letak dalam mangkuk dan hidangkan kepada ahli keluarga. Oh ya, kalau anda nak tambah seafood macam udang, sotong, daging dan sewaktu denganya dalam kuah paprik tadi pun boleh, tak terhad kepada ayam je. Atas citarasa masing-masing. Selamat mencuba. Salam.

> Resepi Daging Masak Merah Ala Thai